vroom

Rebat istimewa

Oleh Lizam Ridzuan

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) melalui kempen Modenas Dominasi Impianmu memberi rebat RM1,000 bagi setiap pembelian model Modenas Dominar D400 bermula 2 Mei sehingga 31 Ogos depan.

Model 'Sport Tourer' 400cc ini adalah yang paling mampu milik dalam segmennya,

Ia dilengkapi enjin 373.3cc DTS-i silinder tunggal enam kelajuan yang mampu menjana kuasa 35PS pada 8,000rpm dan tork 35Nm pada 6,500rpm.

Sesuai untuk perjalanan harian atau jarak jauh, ia juga dilengkapi suspensi daripada fork teleskopik 43 milimeter (mm) dan mono-shock boleh laras 77mm Nitrox pada bahagian belakang.

Selain itu, ia datang bersama brek cakera dengan angkup dwi-omboh 320mm hadapan serta 230mm pada bahagian belakang bagi sistem brek antikunci (ABS) untuk ciri keselamatan lebih baik.

Antara ciri termajunya, ia dilengkapi paparan meter digital penuh LCD dua bahagian.

Ia lengkap dan memudahkan perjalanan, terutama untuk penunggang mengetahui maklumat tahap bahan api, kedudukan gear, waktu dan meter kelajuan.

Lampu hadapan LED penuh dengan Auto Headlamp On (AHO) empat mod larasan boleh dilihat dari jarak sekitar 1.5 kilometer (km) untuk aspek keselamatan, sama ada ketika tunggangan siang atau malam.

Tiga warna ditawarkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km atau yang mana lebih dahulu.

Modenas Dominar D400 dijual pada harga RM12,788 berbanding harga asalnya, RM13,788.

Disiarkan pada: May 17, 2020 @ 6:45am
d