vroom

Kempen kerusi kereta kanak-kanak BMW

Oleh Lizam Ridzuan

BMW Malaysia dengan kerjasama Safe 'n Sound dan Childline Foundation mengumumkan pelancaran fasa kedua program subsidi kerusi kereta kanak-kanak.

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia Sashi Ambi berkata khusus buat ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan pendapat B40 yang mana ia pernah diperkenalkan pada Disember tahun lalu dengan menawarkan sebanyak 150 buah kerusi kereta kanak-kanak pada harga RM100 seunit.

"Melalui program fasa kedua ini subsidi akan ditumpukan untuk baki pendaftar fasa pertama dengan menawarkan produk yang sesuai daripada peringkat bayi sehingga berat mereka mencapai berat 36 kilogram (kg)," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Setiap kerusi daripada jenama snskidz ini ditawarkan dengan jumlah subsidi RM50 ditambah dengan diskaun-diskaun lain yang kini dijual pada harga RM99 (usia kelahiran sehingga 13kg), RM169 (usia kelahiran sehingga 4 tahun) dan RM249 (usia dua tahun sehingga 36kg).

Mereka yang terpilih juga akan diberikan baucar Shopee bernilai RM113 yang boleh digunakan ketika membuat pembelian di laman mikro khas ini selain sumbangan dana juga dialu-alukan daripada orang ramai di https://shopee.com.my/m/bmw-child-safety-seat-subsidy-programme.

Tiada jumlah minimum sumbangan ditetapkan dan kesemua dana akan disalurkan ke Childline Foundation bagi menyediakan sebanyak mungkin kerusi kanak-kanak buat pendaftar berbaki yang mana ia mendapat hampir 25,000 permohonan sebelum ini.

"Menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini adalah bertepatan masanya membantu dalam usaha kami meningkatkan kesedaran ramai akan kepentingan keselamatan melalui kerusi kanak-kanak ini melalui penyediaan dan sumbangan subsidi kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Disiarkan pada: May 20, 2020 @ 11:49am
d