vroom

Dalam setahun harga naik hingga RM60k

Oleh Lizam Ridzuan dan Ekhwan Haque Fazlul

SEJAK usia 18 tahun, Mohd Thalha Abd Jabbar sudah berminat mengumpul model kereta lama berbanding rakan seusia.

Sehingga kini, lelaki berusia 43 tahun itu masih aktif dengan hobinya malah menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan.

Bukan itu saja, Mohd Thalha turut memiliki lebih 10 kereta pelbagai model.

Mohd Thalha berkata, sehingga kini, dia sudah melabur lebih RM500,000 untuk memiliki kereta lama idaman walaupun perlu terbang sehingga ke Sabah.

"Antara model yang saya miliki ialah Nissan Bluebird SSS910, Toyota KE35 dan Datsun Sanitora.

"Kenderaan ini lebih 'garang' selepas bahagian luaran serta enjinnya dibaik pulih. Saya sudah menjual pelbagai model kenderaan lama.

"Harganya pula mencecah puluhan ribu ringgit berdasarkan tahun dihasilkan serta
model," katanya.

Menurut Mohd Thalha, ada segelintir pemilik
asal putus asa kerana
kenderaan sukar dibaiki memandangkan alat ganti sukar diperoleh.

"Saya beli Nissan Skyline R32 model 1992 pada harga RM110,000 pada 2018, ia dijual semula pada harga RM170,000 setahun kemudian.

"Dalam tempoh setahun, saya boleh jana keuntungan sehingga RM60,000 dengan hanya menjual kenderaan lama.

"Ia tiada susut nilai kerana mendapat permintaan tinggi," katanya.

Berita berkaitan:

  • Beli RM80, Jual RM11,000
  • Disiarkan pada: June 21, 2020 @ 10:53am
    d