vroom

Volvo terpakai dengan kualiti

Oleh Lizam Ridzuan

VOLVO Car Malaysia memperkenalkan program kereta terpakai jenama itu dengan perlindungan menyeluruh melalui Volvo SELEKT.

Ia bukan sahaja menawarkan kualiti tanpa perlu harga yang tinggi serta kualiti yang sesuai sebagai jenama premium dengan ciri keselamatan terbaik.

Pengarah Urusannya Nalin Jain berkata program itu turun menjamin semua kenderaan adalah di bawah usia lima tahun dengan jarak perbatuan kurang dari 100,000 kilometer (km) yang memenuhi syarat pemeriksaan 125 mata menggunakan perisian teknologi terkini.

"Kami berharap melalui Volvo SELEKT ia dapat memberikan pilihan alternatif buat pelanggan di samping mengekalkan ciri premium serta kualiti seperti kenderaan baharu pada pakej yang sesuai dengan keperluan pembiayaan mereka," katanya.

Pembelian melalui program ini, setiap kenderaan akan diberi jaminan minimun 12 bulan, pakej perkhidmatan penyelenggaraan selama setahun secara percuma (VSA 1) serta bantuan di jalanan untuk tempoh yang sama.

Selain itu terdapat juga pilihan daripada varian aksesori yang direka untuk tahan lasak, berciri kekeluargaan dan pakej Polestar untuk model terpilih.

"Setiap kenderaan menjalani pemeriksaan yang memenuhi piawaian keselamatan, prestasi dan kemasan termauk akan diberikan sijil pengesahan semasa pembelian untuk kelegaan kepada pembeli," katanya.

Disiarkan pada: June 24, 2020 @ 4:32pm
d