vroom

Proton Saga edisi ulangtahun ke-35 [METROTV]

Oleh Lizam Ridzuan

PROTON memperkenalkan model Saga Edisi Ulang Tahun bersempena meraikan Ulangtahun Proton Saga ke-35.

Pengerusinya Datuk Sri Syed Faisal Albar berkata sejak 35 tahun lalu, Proton menjadi pemangkin kepada industri automotif negara dan untuk model Saga terjual sebanyak 4,150,035 unit yang mula dikeluarkan pada 1985.

"Model Saga menaikan nama Malaysia dan edisi ulang tahun ini adalah hadiah istimewa untuk rakyat Malaysia yang menyokong Proton selama ini," katanya ketika pelancaran secara atas talian hari ini.

Terhad kepada 1,100 unit sahaja ia ditawarkan dengan warna hitam dan kuning eksklusif pada luaran dan dalaman kereta.

Ia juga dilengkapi pakej aksesori bernilai RM2,035 iaitu skirting hadapan dan sisi, visor pintu, penebat pintu bonet, penutup trunk lid dan pelantar but,

Aksesori ini juga boleh dibeli secara berasingan untuk model Saga 2019 dengan harga RM2,350.

Ruang dalaman kini dilengkapi penapis Kabin N95 untuk udara lebih segar serta kemasan kuning pada corong pendingin hawa dan panel tengah serta meter.

Proton Saga Edisi Ulang Tahun ini djiual pada harga RM39,300 (selepas rebat cukai jualan) yang boleh ditempah mulai hari ini sama ada ke ruang pameran atau secara atas talian.

Disiarkan pada: July 9, 2020 @ 12:04pm
d