vroom

Y-Suku gaya MotoGP

Oleh Lizam Ridzuan

 

 

HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha Y15ZR edisi GP terhad dengan warna pasukan MotoGP Yamaha Monster Energy.  

Rekaan ini diinspirasikan daripada pasukan itu yang menggunakan jentera YZR-M1 ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales untuk musim 2020.

Selain itu dengan setiap pembelian, pemilik akan menerima Sijil Pemilikan eksklusif beserta koleksi set jam tangan pintar Y15ZR.

Model ini akan berada di kesemua cawangan pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula pertengahan Ogos ini.

Yamaha Y15ZR edisi GP terhad ini dijual dengan harga asas RM8,868 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan dua tahun waranti atau 20,000 kilometer (km).

 

 

 

Disiarkan pada: August 19, 2020 @ 9:26pm
d