vroom

Pembayaran mudah

Oleh Lizam Ridzuan

PETRON dengan kerjasama Payments Network Malaysia dan Tourism Malaysia memperkenalkan kempen 'Fuel Penuh Gaya-MyDebit je dengan Kad ATM anda!' baru-baru ini.

Ia menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi lebih 169 hadiah dan ganjaran melalui isian bahan api RM5 ke atas dalam satu resit di mana-mana terminal bayaran luar stesen Petron.

Antara hadiahnya ialah motosikal Kawasaki Z250 ABS dan Modenas Pulsar NS200 ABS, kamera Go Pro Hero8 Black, mata ganjaran Petron Miles bernilai RM500 setiap satu serta bekalan minyak pelincir Petron Rider 4T Synthetic Blend untuk setahun.

Selain itu 36 baucar penginapan hotel di Lexis Hotels & Resort, Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi, Gloria Residences Ion Delemen Genting Highland, Federal International Group dan Iconic Hotel Penang turut ditawarkan yang ditaja oleh Tourism Malaysia.

Pengurus Besar Petron Malaysia Faridah Ali berkata, kempen ini juga sebagai mempromosikan perjalanan domestik menggunakan kad ATM MyDebit yang stesen Petron adalah yang pertama menawarkan tanpa tahanan RM200 untuk tiga hari.

"Kaedah pembayaran ini lebih pantas, mudah dan selamat dalam menangani wabak Covid-19 dan memacu pengalaman pelanggan yang terbaik sambil menyumbang kepada pemulihan ekonomi di negara kita," katanya.

Ini adalah kempen siri kedua selepas 'FUEL-YoooH MyDebit Je dengan Kad ATM anda!' yang dianjurkan awal tahun ini.

Turut hadir pada perasmian program ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri; Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser.

Disiarkan pada: October 25, 2020 @ 6:15am
d