Penyerang Sweden Ibrahimovic (kiri) dipandu ketika hadir ke final Liga Europa menyaksikan Manchester United muncul juara atasi Ajax 2-0. FOTO AFP
BBC

BIARPUN belum pulih kecederaan penyerang Manchester United Zlatan Ibrahimovic dapat ‘banyak tawaran’ pelbagai kelab tetapi belum ada kata putus terhadap mana mana.

Perkara itu didedahkan oleh ejennya Mino Raiola, hari ini.

Ibrahimovic, 35, masih mempunyai kontrak dengan kelab itu sehingga 30 Jun.

Penyerang Sweden itu masih belum menyatakan persetujuan terhadap kontrak lanjutan selama setahun lagi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbabit.

Raiola berkata: "Memang benar kami ada bercakap dengan Manchester United serta apa perancangan mereka fikirkan dan sama ada dia bernilai kepada mereka."

Ibrahimovic menyertai United secara perpindahan percuma daripada Paris St-Germain pada musim panas lalu, tidak beraksi akibat kecederaan ligamen lutut pada April lalu.

Raiola menjangkakan pemain itu akan pulih sepenuhnya musim depan tetapi tidak semestinya dalam tempoh ditetapkan apabila EPL bermula pada Ogos depan.

Ditanya sama Ibrahimovic gembira berada di Old Trafford, Raiola berkata: "Setiap kali anak buah saya menjaringkan gol dia gembira dan saya berharap pasukannya juga gembira."

Ibrahimovic sudah menjaringkan 28 gol dalam 46 penampilan kelab dalam semua pertandingan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 1:08 PM