Nicol tewas dua kali peringkat kumpulan. FOTO HM
BERNAMA

HASRAT ratu skuasy negara, Datuk Nicol David ke separuh akhir siri final Kejohanan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Dunia musnah selepas tewas kali kedua berturut turut peringkat kumpulan di Dubai, hari ini.

Kegagalan menyaksikan Nicol yang menduduki ranking keenam dunia, terus gagal dalam usaha memburu gelaran pertama pada siri Jelajah Dunia musim ini.

Nicol dalam Kumpulan B akur dengan kehebatan pemain pilihan pertama kejohanan, Nour El Sherbini dari Mesir apabila tewas 6-11, 9-11 dalam perlawanan kedua kumpulan.

Menurut laporan www.worldseriesfinals.com. Pada Selasa lalu, beliau dikecewakan pemain England, Laura Massaro 10-12, 10-12 pada pembukaan kumpulan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu dijadual bertemu pemain ranking ketujuh dunia dari England, Sarah-Jane Perry untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan dijadual berlangsung awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 2:12 PM