MOHAMED Salah akan menyarung jersi nombor 11 di Liverpool. FOTO Agensi
MOHAMED Salah akan menyarung jersi nombor 11 di Liverpool. FOTO Agensi


PEMAIN sayap Mesir, Mohamed Salah kini milik Liverpool selepas berpindah dari AS Roma.

Media melaporkan Liverpool membayar 34 juta euro (AS$38 juta) untuk mendapatkan Salah, yang kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas dua tahun setengah meninggalkan Chelsea.

“Saya gembira berada bersama Liverpool. Saya akan beri 100 peratus untuk kelab dan benar-benar ingin melakarkan sejarah bersama Liverpool,” kata Salah yang dipetik menerusi laman sesawang Liverpool.

Pemain berusia 25 tahun itu begitu menyerlah di Serie A sehinggakan digelar antara bakat terbaik yang lahir dalam liga di Eropah ketika bersama Basel.

Dia kemudian berhijrah ke Chelsea dengan bayaran perpindahan kira-kira 11 juta pound (AS$14 juta) pada 2014.

Selepas enam bulan di Fiorentina, menjaringkan enam gol pada tujuh kemunculannya, Salah kemudian terbukti menjadi kuasa utama pula kepada peningkatan prestasi Roma.

Dia berharap dapat menyertai bekas pemain Chelsea, termasuk Juan Mata, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku, yang menyerlah selepas meninggalkan Stamford Bridge.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp, begitu ingin mempertajamkan kualiti skuadnya yang bakal mengharungi kempen Liga Juara-Juara 2017-18.

Salah akan menjadi sebahagian daripada barisan serangan Liverpool, termasuk Sadio Mane, Roberto Firmino, Divock Origi dan Daniel Sturridge.

Dominic Solanke, yang memenangi anugerah Golden Ball ketika beraksi untuyk England di Piala Dunia B-20, turut mneyertai Liverpool dari from Chelsea.

Berita berkaitan

Liverpool beli Salah Chelsea untung

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2017 @ 7:17 AM