Ong Kim Swee (kiri) memberi ulasan kepada pemain skuad B-22 negara ketika sesi latihan Sukan Sea di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, minggu ini. - Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR
Ong Kim Swee (kiri) memberi ulasan kepada pemain skuad B-22 negara ketika sesi latihan Sukan Sea di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, minggu ini. - Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR
Firdaus Hashim


TIADA aksi pemanas badan seperti kelaziman oleh skuad bola sepak bawah 22 tahun negara (B-22), tidak perlu dikhuatiri kerana masalah kepenatan ekoran kepadatan jadual Liga Malaysia (Liga-M) juga perlu diberi perhatian.

Bekas pengendali kebangsaan, B Sathianathan, berkata tindakan langkah jurulatih Datuk Ong Kim Swee tidak mengadakan aksi persahabatan adalah langkah bijak, memandangkan ramai pemain kepenatan selepas beraksi lapan atau sembilan perlawanan selama sebulan.

“Jika keletihan, agak mustahil untuk pasukan beraksi di Sukan SEA nanti dalam keadaan sempurna.

“Lagipun, perlawanan persahabatan untuk mencari keserasian namun bagi pasukan B-22 negara, rasanya tak perlu.

“Mereka sudah bermain bersama sejak tahun lalu dan saya percaya keserasian antara mereka sudah terbukti menerusi muncul juara Kelayakan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) B-23 di Bangkok, Thailand bulan lalu,” katanya.,

Pasukan B-22 negara membuat persiapan hampir setahun setengah sejak Januari 2016 di bawah kendalian Frank Bernhardt sebelum dibimbing Kim Swee.

Skuad itu diletakkan harapan besar meraih ibu segala pingat pada saingan Sukan SEA di gelanggang sendiri dan akan membuka tirai kumpulan A berdepan Brunei disusuli menentang Singapura (16 Ogos), Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos).

Jelas Sathianathan, beliau yakin pasukan muda negara itu mampu melepasi peringkat kumpulan jika prestasi di Bangkok, diambil kira.

“Mungkin cabaran sukar menanti pasukan kita di separuh akhir. Saya yakin kita boleh muncul dua pasukan terbaik kumpulan bersama Myanmar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 7:48 PM