ELINA (tengah) mudah tewaskan Caroline untuk ungguli WTA Toronto.
AFP

ELINA Svitolina menewaskan Caroline Wozniacki 6-4, 6-0 untuk memenangi final Toronto WTA, awal pagi tadi, sekali gus merangkul gelaran kelimanya pada 2017.

Pilihan kelima Elina dari Ukraine hanya memerlukan 77 minit untuk mengatasi Caroline dengan melakukan empat ace dan memenangi final kelapan dalam kerjayanya di gelanggang permukaan keras.

“Ia memang mengagumkan. Kejuaraan ini amat istimewa pada saya dan saya gembira ia berlaku di sini,” katanya yang menerima AS$502,000 (RM2.1 juta) susulan kejayaan itu.

Kemaraan Elina ke final turut membabitkan kejayaannya menewaskan empat daripada 10 pemain terbaik dunia.

Dia menewaskan Venus Williams, pilihan keempat Garbine Muguruza dan pilihan kedua Simona Halep.

Elina memenangi semua final yang disertainya musim ini di Toronto, Dubai, Istanbul, Taiwan dan Rome.

Dia muncul pemain Ukraine pertama tersenarai dalam kelompok 10 pemain terbaik WTA selepas menang di Dubai, Februari lalu, dengan menewaskan Caroline.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2017 @ 1:15 PM