Yu Tian ketika beraksi dalam acara lompat galah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO OSMAN ADNAN
Yu Tian ketika beraksi dalam acara lompat galah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO OSMAN ADNAN
Aida Adilah


ATLET lompat bergalah wanita negara Chuah Yu Tian memberi khabar gembira buat kem olahraga negara pada hari keempat kejohanan Sukan SEA apabila menyumbangkan pingat perak.

Ketika tidak diletakkan sebarang sasaran pingat, Yu Tian mempamer aksi terbaik melakukan 3.80m biarpun gagal menandingi kehebatan juara bertahan dari Thailand, Chaya Chomchuendee.

Pemenang emas itu merekodkan lompatan 4.10m manakala gangsa milik atlet Singapura Rachel Isabel, 3.60.

Kemenangan Yu Tian menghidupkan kembali legasi atlet negara dalam lompat bergalah wanita selepas kali terakhir menyumbangkan pingat emas menerusi Roslinda Samsu pada Sukan SEA di Palembang 2011.

Terdahulu kem negara menutup saingan hari keempat mendapat satu pingat perak.

Dua rekod kebangsaan dipecahkan oleh atlet negara menerusi acara 4x100m lelaki dan Nurliyana Kamaruddin dalam acara heptathlon.

Skuad olahraga berpeluang menambah pingat emas esok apabila dua atlet negara Nauraj Singh Randhawa lompat tinggi dan Rayzamsyah Wan Sofian 110m lari berpagar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 10:23 PM