HAZIZI (tengah) mewakili Fahmi menerima motosikal Demak daripada Ketua Pegawai Komersil NSTP, Alfian Abu Talib (kanan) sambil disaksikan Pengarang Eksekutif (Rencana/Pengeluaran) Harian Metro, Othman Mamat.
HM Digital

Kerteh: Walaupun gagal meraih tempat terbaik dalam saingan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh, tetapi penyertaan Mohd Fahmi Yusof berbaloi apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal jenama Demak.

“Saya melonjak gembira sebaik dimaklumkan oleh ra
kan mengenai kemenangan terbabit kerana ketika tiada di venue selepas terpaksa pulang ke rumah sejurus menamatkan perlumbaan.

Mohd Fahmi meraih hadiah itu menerusi nombor pendaftaran basikalnya iaitu 2015 sebelum rakannya Hazizi Harun,47, menerima hadiah untuk mewakilinya.

Pelumba pasukan Cycle Streem Kemaman itu berkata, dia terpaksa pulang ke rumah kerana mempunyai masalah penting yang perlu diselesaikan.

Menurutnya, dia sangat gembira menerima hadiah utama terbabit memandangkan sebelum ini dia tidak pernah memenangi sebarang hadiah cabutan bertuah.

“Sebelum pulang, saya tinggalkan nombor pendaftaran kepada Hazizi dan memaklumkan perlu segera pulang ke rumah kerana ada urusan penting.

“Sebelum menyerahkan nombor itu, saya sempat juga bergurau dengannnya bahawa saya akan menang hadiah utama,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Fahmi yang merupakan kerani di Bank Simpanan Nasional (BSN) Kemaman berkata, sebaik tiba di rumah dia menerima panggilan daripada rakannya itu yang memaklumkannya memenangi hadiah utama.

“Pada mulanya saya tidak percaya sebelum menerima mesej tahniah daripada rakan lain mengenai hadiah yang dieraih itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak mendapat kedudukan terbaik dalam perlumbaan tetapi dia sangat gembira selepas menerima hadiah istimewa berupa sebuah motosikal.

Selain motosikal, cabutan bertuah itu turut menyediakan hadiah basikal, telefon bimbit, peralatan elektrik, aksesori basikal dan juga beg sumbangan penaja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 10:02 AM