Aida Adilah Mat


PENGKRITIK sukan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (gambar) menyifatkan tindakan tiga penembak menyaman Institut Sukan Negara (ISN) cukup menyedihkan dan mampu mencetuskan senario tidak sihat dalam sukan negara.

Malah beliau mengakui seandainya isu seperti kes saman, doping dan bermacam-macam lagi berlarutan, ia mampu menjejaskan imej sukan negara dan usah bermimpi untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Katanya, jika dibandingkan dulu dan sekarang sudah banyak berbeza dan atlet dulu lebih berjaya tanpa ada sebarang kontroversi.

“Bagi saya sewajarnya perkara seperti ini tidak berlaku ia kerana masalah yang sangat serius.

“Namun pada pandangan saya dana untuk program seperti Podium yang memperuntukkan perbelanjaan besar sewajarnya disalurkan ke sekolah iaitu di peringkat akar umbi bagi memastikan negara dapat menghasilkan lebih banyak atlet berkualiti di masa hadapan,” katanya hari ini.

KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2017. Pemain badminton para negara Didin Taresoh membalas pukulan rakan senegara, Muhammad Naim Ahmad Halmi pada acara perseorangan lelaki akhir badminton SS6 Sukan Para Asean 2017 di Arena Axiata, Bukit Jalil. NSTP/ HAFIZ SOHAIMIHAFIZ SOHAIMI
KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2017. Pemain badminton para negara Didin Taresoh membalas pukulan rakan senegara, Muhammad Naim Ahmad Halmi pada acara perseorangan lelaki akhir badminton SS6 Sukan Para Asean 2017 di Arena Axiata, Bukit Jalil. NSTP/ HAFIZ SOHAIMIHAFIZ SOHAIMI

Semalam buat pertama kali dalam sejarah sukan negara, tiga penembak, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi membawa kes mereka digugurkan daripada Program Podium ke muka pengadilan.

Keputusan itu dibuat selepas segala usaha yang dilakukan mereka termasuk bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal dan menyifatkan tindakan mengheret isu itu ke mahkamah adalah jalan terbaik.

Ia dilakukan demi membersihkan nama mereka yang tercalar dan sebagai iktibar untuk atlet lain yang tertindas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2017 @ 8:18 PM