RODGERS (tengah) bangga dengan pencapaian anak buah. FOTO/AFP
AFP

GLASGOW: Pengurus Celtic Brendan Rodgers berbangga dengan anak buahnya yang mampu mengatasi setiap cabaran bagi mencapai rekod tanpa kalah ke-100 British dalam saingan domestik.

Juara Scotland itu melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan domestik kepada 63 perlawanan apabila menewaskan St Johnstone 4-0 di McDiarmid Park.

Kemenangan itu membolehkan mereka kini menghuni puncak liga Kejohanan Scotland dengan kelebihan tiga mata selepas Aberdeen terikat 2-2 di laman lawan, Hamilton Academical.

Juara Scotland itu mengatasi pasukan Celtic, Willie Maley yang sebelum ini merekodkan 62 perlawanan liga tanpa kalah - Piala pra-Liga tatkala Piala Scotland tidak dipertandingkan ketika Perang Dunia I - antara tahun 1915 dan 1917.

Pasukan kendalian Rodgers ketika ini berada dalam senarai rekod sepanjang zaman tanpa kalah di peringkat domestik UEFA yang turut disertai kelab Sheriff Tiraspol.


RODGERS (tengah) mahu anak buah kekalkan momentum.

Lincoln Red Imps yang memegang rekod 88 perlawanan tanpa kalah, berada di depan Celtic manakala kelab Steaua Bucharest mengatasi rekod berkenaan dengan 104 kemenangan sekitar penghujung 1980-an.

“Bagi kami, untuk memecahkan rekod itu adalah sesuatu yang istimewa,” kata Rodgers yang melakar perlawanan ke-400 selaku pengurus. “Kamu hanya perlu melihat masa silam di mana Willie Maley berjaya miliki.

“Saya membesar dengan mengenali pemain dari era itu jadi ia memberitahu kamu mengenai tahap dan kualiti dimiliki pasukan. Ia sesuatu yang menakjubkan dengan apa yang ditunjukkan pemain dan satu contoh profesionalisme yang baik selain mencipta standard tinggi untuk setiap hari.

“Tahap ketajaman dimiliki mereka adalah sesuatu yang menarik. Ia tidak boleh berlaku dalam sekelip mata. Ia adalah sesuatu yang dicipta. Ia satu mentaliti dan keinginan untuk berusaha.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2017 @ 3:16 PM