PASUKAN Deuter Pinky Rider mengambil gambar dan menunjukkan kit perlumbaan yang diterima di kaunter pendaftaran.
PASUKAN Deuter Pinky Rider mengambil gambar dan menunjukkan kit perlumbaan yang diterima di kaunter pendaftaran.
Amrullah Abdul Karim


Sungai Buaya: Litar perlumbaan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP) Sungai Buaya dibuka sepenuhnya hari ini dengan himpunan lebih 1,000 peserta bersedia untuk mengejar kejuaraan.

Penganjur membuat persiapan rapi bagi memastikan kelancaran perjalanan perlumbaan itu.

Pengarah program yang juga Pengarang Bersekutu Rencana Harian Metro, Husain Jahit memberi jaminan segalanya tersusun rapi dari aspek kemudahan, keperluan, keselamatan termasuk agensi kesihatan yang bersiap sedia sekiranya diperlukan.

“Bagi peringkat pengurusan, kami sememangnya membuat segala persediaan dari segi keperluan, keselamatan dan sebagainya.

“Persiapan di pentas juga berjalan lancar dan kami bersedia menanti kehadiran semua peserta dan orang ramai,” katanya ketika ditemui di kaunter pendaftaran HMMTBGP di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya.

HUSAIN Jahit
HUSAIN Jahit

Kaunter pendaftaran dan pengambilan kit perlumbaan yang dibuka dari jam 3 petang hingga 10 malam semalam dipenuhi ratusan peserta.

Ia dilengkapi dengan nombor pendaftaran, baju tema perlumbaan dan pelbagai makanan untuk tenaga peserta.

Menurut Husain, tiga check point yang diletakkan di lokasi strategik dan stesen air juga bersedia sepenuhnya.

Katanya, peserta perlumbaan dinasihatkan mengutamakan penjagaan aspek keselamatan dan lebih berwaspada berikutan musim hujan ketika ini.

“Walaupun kami menyediakan setiap keperluan, peserta tetap perlu memastikan keselamatan mereka,” ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 6:14 AM