X
TALIB (kiri) berpuas hati dengan aksi anak buah.
TALIB (kiri) berpuas hati dengan aksi anak buah.
Azlan Muhammad Zain


KETUA jurulatih sepak takraw negara, Abdul Talib Ahmad berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya sepanjang tahun 2017 terutamanya ketika mencapai sasaran yang ditetapkan pada Sukan SEA.

Sepak takraw mempertahankan emas acara regu di temasya itu Ogos lalu selain satu emas disumbangkan menerusi chinlone (linking) untuk menepati sasaran.

“Sejak pertengahan tahun 2016, tumpuan banyak terarah kepada Sukan SEA 2017, kita mencapai sasaran dua emas,” kata Abdul Talib.

“Bagaimanapun saya akui, persembahan pemain masih perlu diperbaiki. Masih ada ruang untuk peningkatan.

“Namun pada masa yang sama, saya sedar pemain sudah memberikan yang terbaik. Selepas melakukan post mortem, kelemahan mental menjadi punca. Apabila kita terlalu inginkan sesuatu, ia akan mencetuskan tekanan,” katanya.

Walaupun menang acara regu, kekalahan skuad negara kepada Indonesia dalam acara berpasukan menjadi “buah mulut” dalam kalangan peminat tempatan pada Sukan SEA itu.

Malah ia berulang pada separuh akhir di Piala Raja Thailand awal bulan ini apabila mereka tewas kepada Korea Selatan selepas mengharungi jadual padat untuk mempertahankan emas dalam acara regu dan quadrant (berempat).

“Kecederaan dua perejam menjelang separuh akhir memberikan kesukaran kepada kita. Pilihan pemain amat terhad,” Abdul Talib.

Pada saingan regu di Piala Dunia Istaf (Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa) di India pada bulan lalu Malaysia mempamerkan saingan sengit sebelum tewas kepada Thailand.

“Sebagai jurulatih, ada kejohanan yang kita berpuas hati, ada juga yang meraih pencapaian yang seimbang. Namun secara keseluruhan, banyak perkara yang boleh dipelajari menjelang persiapan Sukan Asia 2018,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2017 @ 1:45 PM
Kabinet Malaysia 2020