Guardiola (kanan) berminat bawa Hazard sertai City. FOTO AFP
Mirror

MANCHESTER City sanggup berbelanja sebanyak £150 juta (RM822 juta) untuk membawa bintang Chelsea, Eden Hazard ke Etihad.

Bos City, Pep Guardiola mengenal pasti pemain sayap Belgium itu sasaran perpindahan nombor 1 pada musim panas.

Dia mengakui perubahan besar terhadap skuadnya bermakna dia tidak bersaing dalam pasaran mendapatkan pemain handalan utama.

City enggan memenuhi permintaan £400,000 seminggu (RM2.1 juta) mendapatkan Alexis Sanchez menyaksikan bintang Chile itu kemudian menyertai skuad pencabar Manchester United, minggu lalu.

Guardiola bagaimanapun mengenepikan ura ura pendirian pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bertukar.

Dengan kontrak Hazard masih tergantung di Stamford Bridge memberikan City peluang menyertai pasaran perpindahan musim panas ini.

Guardiola bersetuju dengan pendirian City enggan memmecahkan struktur penggajian kelab itu semata mata mendapatkan Sanchez.

Pada usia 27, Hazard dilihat lebih bernilai kerana tiba pada detik kemuncak terbaik kariernya.

Jika kontraknya bersama Chelsea masih belum ada penyelesaian sehingga hujung musim, City akan mencabar Real Madrid mendapatkan tandatangan bintang Belgium itu.

Kontrak Hazard bersama Blues masih berbaki dua tahun dan berada pada tahap optimum dari segi nilai dan gaji.

City tidak teragak agak untuk memecahkan rekod perpindahan British.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2018 @ 12:17 PM