ZAQHWAN Zaidi
ZAQHWAN Zaidi
Sukhairi Thani

Sepang: Kumpulan Syarikat Honda Asia dan Oceania semalam secara rasminya memperkenalkan pasukan Honda Asia-Dream Racing yang akan menyaksikan pelumba negara, Zaqhwan Zaidi diumumkan sebagai pelumba pertama mereka beraksi pada Kejuaraan Motosikal Seluruh Jepun 2018.

Zaqhwan juga dijadual beraksi pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 dalam kelas ASB1000 - kelas perlumbaan yang bakal diperkenalkan, tahun depan.

Selain itu, Zaqhwan yang pernah beraksi dalam kelas Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Dunia juga dijadual menyertai perlumbaan Endurance 8 Jam Suzuka bermula tahun ini.

“Terima kasih kepada Honda Racing kerana memberi peluang kepada saya untuk muncul selaku pelumba pertama pasukan,” kata Zaqhwan.

“Saya tidak sabar untuk bekerja bersama pasukan baru ini dan memberi yang terbaik dalam perlumbaan JSB1000 nanti.”

Untuk rekod, Zaqhwan muncul selaku juara kelas SuperSports 600cc di ARRC 2014 dan 2016 namun terlepas kejuaraan di tangan seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2018 @ 10:34 AM