Aubameyang bersama dua keretanya yang baru dicuci dan dikilatkan. FOTO INSTAGRAM/REUTERS
Daily Mail

BINTANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dikenali sebagai ahli sukan meminati kereta mahal dan memikat mata memandang.

Malah penyerang terbabit menggunakan waktu terluang minggu ini, menayangkan dua kereta mewah yang baru dicuci di laman sosial.

Aubameyang menyertai Arsenal daripada Borussia Dortmund, bulan lalu dengan rekod perpindahan £56j (RM308 juta) menerima gaji sebanyak £180,000 (RM990,000) seminggu beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pemain berusia 28 tahun itu yang memiliki beberapa buah kereta mahal, memuat naik dua gambar kereta itu menerusi Instagram Story miliknya, semalam.

Kereta itu adalah Range Rover Sport Mansory dan Ferrari 812 Superfast yang sedang dijemur di bawah pancaran matahari selepas dicuci serta dikilatkan.

Kereta Range Rover Sport Mansory berharga £150,000 (RM824,000) itu antara kereta menjadi kegemaran ramai pemain bolasepak terkenal di England.

Kereta Ferrari pula berharga £253,000 (RM1.4 juta) dan mampu mencapai kelajuan 210bsj (340 kilometer sejam).

Dia sebelum ini mengiklankan kereta Lamborghini Aventador berwarna perak berharga £254,000 (RM1.4 juta) untuk dijual kepada peminat Supercar di Cologne, Jerman.

Aubameyang tidak beraksi dalam saingan Liga Europa bersama Arsenal yang bertandang ke Ostersunds, awal pagi tadi manakala kelab lama, Dortmund juga berada dalam saingan.

Pemain antarabangsa Gabon itu menjaringkan pada penampilan pertama bersama Arsenal membenam Everton 5-1 di Stadium Emirates.

Skuadnya tewas 1-0 di Wembley kepada Spurs, minggu lalu.

Dia akan beraksi pada final Piala Carabao di Wembley menentang Manchester City pada 25 Februari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2018 @ 5:32 PM