Azlan Muhammad Zain

RATU trek negara, Fatehah Mustapa tetap melihat secara positif walaupun gagal meraih pingat dalam acara kegemarannya, keirin di Kejohanan Lumba Basikal Asia, sebentar tadi.

Dia terpaksa akur menamatkan saingan final pada kedudukan terakhir dengan perlumbaan dimenangi jaguh dunia, Lee Wai Sze dari Hong Kong.

“Sedih kerana tidak meraih pingat, melihatnya secara positif dengan mengharapkan ACC ini menjadi pembakar semangat untuk saya menghadapi Sukan Komanwel dan Asia nanti.

“Ini satu pengajaran dan pembakar semangat,” jelasnya yang meraih gangsa dalam acara ujian masa 500 meter.

Bagaimanapun, prestasi pelumba kelahiran Terengganu berkenaan boleh dipuji pada aksi pecut individu apabila catatannya, 11.149 saat dalam aksi kelayakan menghampiri rekod kebangsaan, 11.108s yang dilakukan pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 6:23 PM
FATEHAH tamatkan saingan final pada kedudukan terakhir.