Karius menemani Rose ketika keluar membeli keperluan di Cheshire. FOTO AFP/Eamonn and James Clarke via Daily Mail
Daily Mail

PENJAGA gol Liverpool Loris Karius mencetuskan kisah cinta barunya selepas dilihat keluar ‘shopping’ bersama model British, Ianthe Rose.

Foto pemain Jerman itu dirakam bersama model Made in Chelsea itu di pusat beli belah Cheshire, semalam selepas dia selesai menjalani latihan cuaca panas bersama Liverpool di Marbella.

Mereka berdua berada di premis pasar raya Booths dengan Karius membawa bersama beg diisi pelbagai barang dan beberapa botol air mineral dengan Rose berjalan di depannya menuju ke kereta Mercedes miliknya.

Rose, memiliki ketinggian 180sm, sebelum ini menjalin hubungan cinta dengan Calum Best iaitu anak pemain legenda Manchester United, George Best tetapi hubungan hanya bertahan selama 10 bulan.

Mereka berpisah sebanyak dua kali sepanjang tempoh itu.

Karius juga pernah keluar bersama seorang wanita Jerman berambut perang Pamela Reif dan Annelie Alpert sejak beraksi bersama kelab itu di Anfield.

Penjaga gawang berusia 24 tahun itu akan turun bersama pasukannya untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham di Anfield, Sabtu ini.

Karius disenaraikan semula sebagai penjaga gol utama pilihan bos Liverpool Jurgen Klopp selepas bertukar posisi dengan penjaga gol Belgium, Simon Mignolet sebelum Krismas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2018 @ 11:59 AM