JENTERA baru McLaren. FOTO/AFP
JENTERA baru McLaren. FOTO/AFP
Reuters

BARCELONA: Pasukan McLaren menjangka tumpuan peminat kembali kepada mereka musim ini selepas sesi ujian pramusim yang dilakukan hari ini mencatat keputusan memberangsangkan.

Musim lalu, pasukan kedua paling berjaya Formula Satu itu berdepan masalah prestasi sehingga menyaksikan mereka berpisah dengan pembekal enjin Honda.

McLaren menamatkan musim 2017 di tangga kesembilan berbanding 10 pasukan.

Namun sejak bersama Renault, jelas berlaku perubahan sekitar kilang di Woking yang menghasilkan jentera baharu yang lebih garang.

Sirkit ujian di litar Catalunya mungkin tidak memberi gambaran tepat mengenai prestasi McLaren, namun peminat perlu menunggu perlumbaan sebenar yang dijadual bermula 25 Mac ini di Melbourne.

“Tahun ini sangat penting. Kami pasti akan menjadi tumpuan semula,” kata Pengarah Eksekutifnya, Zak Brown.

“Kami pasti semua mata akan tertumpu ke arah kami, kami sangat teruja mengenainya,” katanya yang kembali mengatur misi memburu podium selepas gagal meraih gelaran sejak 2012.

“Tahun lalu kami memiliki chassis yang bagus dan semuanya kelihatan memuaskan dalam fasa pembangunan tetapi ia nyata tidak menjadi apabila berlumba di litar.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2018 @ 1:36 PM