PENYERANG Sarawak, Bobby Gonzales (kanan) berjaya mengambil bola dari tandukan pemain pertahanan MISC-MIFA Mohamad Zamri Ramli pada saingan Liga Perdana 2018 di Stadium Negeri, Kuching. - Foto BERNAMA

Zulfaizan Mansor

FELCRA FC meraih tiga mata berharga selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas UKM FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kedua-dua jaringan FELCRA dihasilkan Anselmo Arruda pada minit ke-40 dan 76, manakala gol saguhati pelawat disumbangkan Sein Nam (minit-54).

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Tarcisio Pugliese kini berada di kedudukan ketiga liga dengan mengumpul 10 mata.

Terdahulu, Sarawak turut meraih kemenangan di gelanggang sendiri apabila menewaskan MIFA 1-0 di Stadium Negeri, Kuching dalam aksi yang berlangsung petang tadi.

Bobby Gonzales muncul wira skuad Ngap Sayot apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-41.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 April 2018 @ 12:27 AM