PENJAGA gol Bayern, Sven Ulreich sekali lagi akan menjadi watak utama berdepan Sevilla pada Khamis ini. - Foto REUTERS

BERLIN: Ketika Manuel Neuer diketepikan, Sven Ulreich menyedari itu adalah masa terbaik untuknya menyerlah selaku penjaga gol Bayern Munich, ketika dia bersedia bagi saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara.

Ulreich mendapati secara tiba-tiba dia menjadi pilihan utama kelab pada September lalu apabila pemenang Piala Dunia, Neuer mengalami kecederaan kaki ketika latihan.

Pemain berusia 29 tahun itu sekali lagi akan menjadi watak utama di gawang berdepan Sevilla di Allianz Arena, Munich pada Khamis ini dengan kelab Jerman itu hampir layak sekali lagi ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Bayern memiliki kelebihan 2-1 dan boleh mara ke kelompok empat pasukan terakhir buat kali ketujuh dalam sembilan musim.

Ketika kelibat Thomas Mueller dan Robert Lewandowski kerap digunakan dalam saingan kalah mati kejohanan Eropah, situasai seperti itu juga sesuatu yang diimpikan Ulreich.

 “Seville sangat berpengalaman, ia perlawanan yang bagus. Saya sangat gembira boleh bermain pada suku akhir Liga Juara-Juara,” katanya.

Ketika Ulreich berada di gol, Bayern meraih gelaran Bundesliga kelmarin dengan kemenangan 4-1 di Augsburg dan kini fokus utama mereka ialah di Eropah.

Bagaimanapun bagi Ulreich, situasi dialami tidak dapat dibayangkan sebelum kecederaan dialami Neuer awal musim ini.

Bekas penjaga kelab tempatnya tinggal, Stuttgart itu akan berdepan satu lagi kempen ketika ketiadaan Neuer sehingga bintang Jerman itu mengalami patah kaki selepas kecederaan awal pada April lalu.

Ulreich menyertai Bayern pada 2015 dari Stuttgart dan 24 daripada 47 penampilan Bundesliga buat pasukan Bavaria itu hadir musim ini selepas ketiadaan Neuer. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 April 2018 @ 9:41 AM