Skip this ad x
AL Abed masih bergelut dengan kecederaan sejak awal tahun ini. FOTO/AFP
Reuters

HONG KONG: Pemain sayap Nawaf Al Abed diketepikan daripada skuad Arab Saudi ke pusingan akhir Piala Dunia ketika anak buah Juan Antonio Pizzi bersiap sedia bagi penampilan pertama mereka pada kejohanan itu sejak 2006.

Al Abed, tonggak utama skuad ketika pusingan kelayakan dan menjadi inspirasi Al Hilal layak ke final Liga Juara-Juara Asia 2017, bergelut dengan kecederaan sejak awal tahun ini dan pemain berusia 28 tahun itu gagal berada dalam skuad muktamad 23 pemain pilihan Pizzi.

Penjaga gol Assaf Qarny, pertahanan Saeed Al Mowalad dan Mohammed Jahfali serta pemain tengah Mohammed Al Kuwaykibi turut diketepikan daripada skuad 28 pemain yang dinamakan bulan lalu.

Pizzi dari Argentina menyenaraikan Fahad Al Muwallad, Yahya Al Shehri dan Salem Al Dawsari selepas trio itu menghabiskan empat bulan secara pinjaman di Sepanyol bersama Levante, Leganes dan Villarreal sebelum kembali ke kelab induk mereka.

Pemain Arab Saudi semuanya beraksi di liga domestik negara itu, dengan 10 daripadanya adalah dari kelab juara berturut-turut Liga Perdana Saudi, Al Hilal. Tujuh lagi pemain beraksi dengan kelab Jeddah, Al Ahli, yang memenangi kejuaraan pada 2016.

Arab Saudi, yang tewas 0-3 kepada Peru di Switzerland pada aksi persahabatan semalam, berdepan tuan rumah Russia pada perlawanan pembukaan Piala Dunia pada 14 Jun ini, kali pertama negara Asia bermain pada perlawanan pembukaan tirai kejohanan itu.

Mereka turut berdepan Mesir dan Uruguay pada peringkat kumpulan.

Penjaga gol: Mohammed Al Owais (Al Ahli), Yasser Al Mosailem (Al Ahli), Abdullah Al Mayouf (Al Hilal)

Pertahanan: Mansoor Al Harbi (Al Ahli), Yasser Al Shahrani (Al Hilal), Mohammed Al Breik (Al Hilal), Motaz Hawsawi (Al Ahli), Osama Hawsawi (Al Hilal), Omar Hawsawi (Al Nassr), Ali Al Bulaihi (Al Hilal)

Tengah: Abdullah Al Khaibari (Al Shabab), Abdulmalek Al Khaibri (Al Hilal), Abdullah Otayf (Al Hilal), Taiseer Al Jassim (Al Ahli), Houssain Al Mogahwi (Al Ahli), Salman Al Faraj (Al Hilal), Mohamed Kanno (Al Hilal), Hattan Bahebri (Al Shabab), Salem Al Dawsari (Al Hilal), Yahya Al Shehri (Al Nassr), Fahad Al Muwallad (Al Ittihad)

Penyerang: Mohammad Al Sahlawi (Al Nassr), Muhannad Assiri (Al Ahli).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Jun 2018 @ 12:24 PM