PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton. FOTO AFP
AFP

LE CASTELLET, Perancis: Lewis Hamilton memastikan kedudukan petak pendahulu Grand Prix (GP) Perancis di depan rakan sepasukan, Valtteri Bottas ketika Mercedes mendominasi sesi kelayakan yang dicemari kemalangan untuk berada di kedudukan depan.

Juara dunia empat kali itu mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 30.029 saat untuk meraih kedudukan petak pendahulu ke-75 kariernya di depan Bottas, memberikan peluang terbaik buatnya untuk memenangi gelaran pada perlumbaan Ahad ini.

Pendahulu kejuaraan dan juara dunia empat kali, Sebastian Vettel dari Ferrari ketiga di depan Max Verstappen dan rakan sepasukan Red Bull dari Australia, Daniel Ricciardo.

Kimi Raikkonen keenam bersama jentera kedua Ferrari di depan Carlos Sainz dari Renault, Charles Leclerc dari Sauber, Kevin Magnussen dan rakan sepasukan Haas, Romain Grosjean, yang terbabit dalam kemalangan untuk kedudukan 10 terpantas menyebabkan sesi tergendala selama lapan minit.

“Ia tidaklah terlalu buruk,” kata Hamilton. “Saya rasa hebat dapat kembali ke Perancis. Ia tempat yang cantik dan sokongan hebat penonton.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 12:31 AM