PENYERANG Uruguay berjalan keluar selepas mengalami kecederaan kaki pada aksi menentang Portugal. FOTO EPA-EFE
AFP

NIZHNIY NOVGOROD, Russia: Penyerang Uruguay, Edinson Cavani dijangka terlepas peluang beraksi di suku akhir Piala Dunia menentang Perancis, Jumaat ini selepas bergelut dengan kecederaan betis yang dialami ketika menentang Portugal di peringkat kelompok 16 terbaik.

Persatuan Bolasepak Uruguay (UFA) mengeluarkan gambar pasukan negara itu hari ini menerusi media sosial ketika sedang menjalani latihan, tanpa kelibat Cavani.

Selepas ujian Isnin lalu, doktor mengesahkan bintang Paris Saint-Germain itu mengalami lebam di bahagian betis kiri, tetapi tidak mengalami koyakan di bahagian otot.

Ketiadaa pemain berusia 31 tahun itu, bakal menyaksikan jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez menurunkan Christian Stuani di bahagian serangan bersama Luis Suarez.

 

Penyerang Girona itu menggantikan Cavani, selepas dia menjaringkan kedua-dua gol Uruguay ketika menumpaskan Portugal 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Julai 2018 @ 5:56 AM