JURULATIH Croatia, Dalic Zlatko. FOTO EPA-EFE
JURULATIH Croatia, Dalic Zlatko. FOTO EPA-EFE
AFP

MOSCOW: Miroslav Blazevic digelar sebagai ‘sifu kepada semua jurulatih’ di Croatia, tetapi pada Ahad ini, bekas anak didiknya, Zlatko Dalic bakal memimpin negara kecil itu ke final Piala Dunia pertama mereka.

'Ciro' Blazevic melatih Croatia pada Piala Dunia 1998, penampilan pertama mereka sebagai negara merdeka, membawa skuad itu ke separuh akhir tetapi tewas kepada Perancis.

Dalic adalah pembantu Blazevic di Varteks pada awal karier kejurulatihan dan pengetahuan yang diterima berjaya membantunya menuju ke puncak.

“Saya tidak malu mengatakan saya banyak belajar daripada 'Ciro' Blazevic,” kata Dalic.

“Saya bekerja dengannya selama dua tahun sebagai pembantu jurulatih dan pengarah sukan di kelab saya dan ia memberi satu lagi langkah ke depan.

“Dia pernah meraih tempat ketiga di dunia dan Ahad nanti, saya sekurang-kurangnya akan meraih tempat kedua.”

Sebagai jurulatih, Dalic pernah membimbing kelab Arab Saudi, Al-Faisaly pada 2010 dan terus menikmati kejayaan besar di Al-Hilal dan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE) Al-Ain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 2:34 AM