DJOKOVIC atasi Fucsovics 6-3, 3-6, 6-4, 6-0 di Terbuka AS. FOTO/AFP
AFP

NEW YORK: Novak Djokovic terpaksa bertarung dalam keadaan panas di Terbuka Amerika Syarikat(AS) tetapi berjaya melangkah ke pusingan kedua dengan kemenangan 6-3, 3-6, 6-4, 6-0 ke atas pemain Hungary, Marton Fucsovics.

Juara Wimbledon itu mengharungi perlawanan pertamanya di Stadium Arthur Ashe sejak tewas kepada Stan Wawrinka pada final 2016, beraksi dalam keadaan bahang panas hingga memaksa penganjur menawarkan rehat 10 minit pada pertengahan permainan yang juga kali pertama berlaku.

“Kami berdua mengalami kesukaran, anda boleh lihat, anda boleh rasakan itu, terutama sekali selepas set kedua dan ketiga,” kata Djokovic yang meminta tuala mengandungi ais pada set kedua.

“Hingga ke penghujung set ketiga kami bermain dengan agak sukar,” kata Djokovic. “Saya mula memukul bola, sebelum itu saya bergelut.”

Djokovic terlepas Terbuka AS pada tahun lalu berikutan kecederaan siku kanan. Selepas permulaan berliku pada tahun ini, pemain Serbia itu berjaya merangkul gelaran Grand Slam ke-13 di Wimbledon.

Kejayaan di Masters Cincinnati kepada Roger Federer meletakkan Djokovic sebagai pemain pilihan pada Terbuka AS selain juara bertahan, Rafael Nadal, meskipun pemain itu diletakkan sebagai pilihan keenam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Ogos 2018 @ 10:42 AM