IBRAHIMOVIC (tengah) jaring gol ke-500 untuk kariernya. FOTO/AFP
AFP

LOS ANGELES: Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah tersendiri apabila meledak gol ke-500 dalam kariernya ketika menentang Toronto FC, sebentar tadi.

Ibrahimovic, 36, muncul selaku pemain bola sepak ketiga yang masih aktif meraih kejayaan itu, menyertai Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Ibrahimovic menjaringkan 62 gol bersama Sweden manakala bakinya dijelmakan ketika beraksi dengan Malmo FF, Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris Saint-Germain, Manchester United dan kini Los Angeles Galaxy dalam Major League Soccer.

Pemain yang mempunyai ketinggian 1.96 meter itu menyertai kelab 500 itu apabila menembusi gawang gol Toronto yang dikawal rapi Alex Bono pada minit ke-45.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 September 2018 @ 10:14 AM