TENDANGAN lencong Lacazette berjaya menewaskan penjaga gawang Jordan Pickford untuk gol pertama Arsenal ketika menentang Everton di Stadium Emirates, London, hari ini. Foto REUTERS
TENDANGAN lencong Lacazette berjaya menewaskan penjaga gawang Jordan Pickford untuk gol pertama Arsenal ketika menentang Everton di Stadium Emirates, London, hari ini. Foto REUTERS

ALEXANDRE Lacazette membantu Arsenal mencipta kemenangan keempat berturut-turut dalam Liga Perdana ketika jaringan penyerang Perancis itu memberikan kemenangan sukar 2-0 mengatasi Everton, hari ini.

Skuad kendalian Unai Emery bernasib baik pada babak pertama di Stadium Emirates, London ketika Everton mensia-siakan banyak peluang untuk menghukum The Gunners.

Namun, Lacazette memastikan ia tidak berpanjangan apabila dia meledak gol pada awal babak kedua.

Pierre-Emerick Aubameyang menggandakan kelebihan Arsenal tidak lama selepas itu apabila jaringan penyerang Gabon itu dibenarkan walaupun jelas dia berada dalam kedudukan offsaid.

AKSI akrobatik Aubameyang selepas menjaringkan gol kedua Arsenal. Foto REUTERS
AKSI akrobatik Aubameyang selepas menjaringkan gol kedua Arsenal. Foto REUTERS

Jaringan kontroversi itu menggugat Everton ketika Arsenal meraikan kemenangan yang meletakkan mereka di tangga keenam Liga Perdana di belakang Tottenham Hotspur. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 1:16 AM