Skip this ad x
PELUMBA Musashi Boon Siew Honda Racing, Zaqhwan Zaidi. FOTO Fariz Iswadi Ismail

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi mahu mencari penamat yang lebih baik pada Perlumbaan 2 kelas SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) esok selepas menamatkan saingan hari ini di pentas podium.

Meskipun berpuashati dengan kedudukan ketiga diraihnya di Sirkit Antarabangsa Sentul, Indonesia namun Zaqhwan masih memburu kemenangan pertamanya musim ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu berdepan kesukaran untuk menggugat kehandalan pelumba tuan rumah yang jelas lebih selesa dan memahami selok belok di litar berkenaan.

Pelumba tuan rumah, Andi Farid Izdihar dari pasukan Astra Honda Racing muncul juara apabila mencatat masa 24 minit 17.288 saat selepas bersaing sengit dengan rakan senegara, Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) yang menemui garisan penamat di tempat kedua, 24’17.317s.

Zaqhwan menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 24’26.179s manakala rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman di tempat kelapan dengan masa 24’32.429s.

“Saya menghadapi sedikit kesukaran pada peringkat awal perlumbaan apabila cuaca semakin panas,” kata Zaqhwan yang kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 81 mata.

“Saya cuba mengejar dan menghampiri pelumba di hadapan namun agak sukar kerana mereka sudah jauh di depan.

“Saya cuba mengekalkan kedudukan dan paling penting mengumpul mata kejuaraan. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan dan penyokong. Saya akan mencuba lebih baik untuk perlumbaan esok.”

Anthony West (Webike IKAZUCHI Racing) mendahului senarai keseluruhan dengan 136 mata diikuti Azlan Shah kedua dengan 93 mata.

Sementara itu, Md Helmi Azman terus melebarkan jurang pendahulu kategori Underbone 150cc selepas muncul naib juara pada Perlumbaan 1 dengan catatan masa keseluruhan 18’31.795s.

Pelumba SCK Rapido Hi Rev Honda Racing itu kini mengumpul 154 mata, 32 mata mengatasi rakan senegara, Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang mengumpul 122 mata. Tempat ketiga ketika ini milik Ahmad Fazli Sham 9ONEXOX TKKR Racing Team) dengan 96 mata.

Perlumbaan 1 menjadi milik pelumba wildcard tuan rumah, M. Agung Fahrul (Orbit SND CNC Porting) yang menamatkan 10 pusingan perlumbaan dengan masa 18’31.795s manakala tempat ketiga milik Gupita Kresna (Yamaha Yamalube SND Factory) dengan masa 18’31.853s.

 

KEPUTUSAN

Perlumbaan 1

 

SuperSports 600cc

1. Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 24:17.288s

2. Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 24:17.317s

3. Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 24:26.061s

4. Irfan Ardiansyah (INA) Astra Honda Racing Team 24:26.179s

5. Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 24:30.229s

 

Kedudukan Keseluruhan

1. Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 136 mata

2. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 93 mata

3. Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 81 mata

4. Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 79 mata

5. Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 76 mata

 

Asia Production 250cc

1. Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 20:38.812s

2. Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 20:39.087s

3. Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 20:42.430s

4. Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 20:42.455s

5. Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 20:42.469s

Kedudukan Keseluruhan

1. Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 173 mata

2. Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 122 mata

3. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 117 mata

4. Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 100 mata

5. Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 92 mata

 

Underbone 150cc

1. M. Agung Fahrul (INA) Orbit SND CNC Porting 18:31.642s

2. Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 18:31.795s

3. Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 18:31.853s

4. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 18:31.901s

5. Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha Y Y Pang Racing 18:31.942s

 

Kedudukan Keseluruhan

1. Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 154 mata

2. Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 122 mata

3. Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 96 mata

4. Wahyu Aji Trilaksana (INA) YAMAHA Racing Indonesia 81 mata

5. Gupita Kresna Wardhana (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 74 mata

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 7:10 PM