HAMIDIN (dua dari kanan) bersama Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said (dua, kiri) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Diploma Eksekutif Pengajian Bola Sepak dan Majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada pasukan UiTM di Wisma FAM. -Foto BERNAMA
HAMIDIN (dua dari kanan) bersama Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said (dua, kiri) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Diploma Eksekutif Pengajian Bola Sepak dan Majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada pasukan UiTM di Wisma FAM. -Foto BERNAMA
Aziman Rosdi


PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya mereka boleh mengendalikan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) lebih baik andai diberikan kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas ini.

Bagaimanapun Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sebagai badan induk bola sepak tanah air, peranan mereka dalam program pembangunan bola sepak tidak boleh diketepikan.

“Saya ingin tegaskan di mana-mana di dunia, bola sepak adalah tanggung jawab persatuan bola sepak bukan tanggung jawab orang lain, FAM tak boleh ditinggalkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Sehingga kini hala tuju mengenai nasib NFDP masih belum diputuskan selepas kegagalan skuad bawah 16 tahun negara (B-16) gagal mencapai sasaran layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Sebelum ini KBS menguruskan sendiri program itu sejak 2014 dengan melantik Lim Teong Kim sebagai Pengarah Akademi dan jurulatih skuad B-16.

Bagaimanapun NFDP dihimpit kontroversi selepas perbelanjaan besar dilaburkan termasuk bayaran gaji RM175,000 sebulan tanpa cukai Teong Kim serta peruntukan RM85 juta bagi Akademi Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan yang akhirnya serba kekurangan.

Hamidin berkata beberapa siri perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah dilakukan dan mereka masih menunggu kata putus berhubung perancangan baru NFDP.

“Saya ada membuat pertemuan dengan YB (Yang Berhormat) menteri sebelum ini dan Timbalan saya (Datuk Seri Subahan Kamal) juga ada bermesyuarat dengan KBS, jadi biar menteri umumkan. Kita tunggu apa beliau umumkan dan struktur yang jelas untuk NFDP,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Oktober 2018 @ 7:41 PM