AKSI Davizioso pada sesi kelayakan di Litar Motegi, Jepun, hari ini. FOTO Reuters

PELUMBA Itali Andrea Dovizioso terus memberi tekanan kepada pendahulu kejohanan Marc Marquez apabila meraih petak pertama sesi kelayakan Grand Prix Jepun di Tokyo apabila pelumba Sepanyol itu bakal bermula di tempat keenam, esok.

Marquez boleh muncul juara MotoGP buat kali kelima jika menang di Motegi tetapi pencabar terdekat, Dovizioso tidak mudah menyerah kalah apabila mencatat masa terpantas dengan catatan 1:44:590s.

Pelumba berusia 25 tahun itu yang terbabit dalam nahas ketika sesi latihan sebelumnya ketinggalan 0.299s dan menghadapi tugas getir jika mahu menjuarai buat kali ketiga berturut-turut MotoGP di Jepun, esok.

Manakala, pelumba Perancis, Johann Zarco yang beraksi untuk pasukan Yamaha Tech3 di tempat kedua sementara pelumba Australia, Jack Miller di petak ketiga.

Petak pertama Dovizioso itu adalah yang kedua buatnya tahun ini dan hadir tepat dalam usaha melengahkan Marquez daripada ditabalkan menjadi juara.

Pelumba Sepanyol itu kini memiliki 77 mata di depan Dovizioso dengan berbaki empat lagi perlumbaan. Setiap perlumbaan menawarkan 25 mata kepada juara.

“Jentera kami tiada masalah di atas trek,” kata Dovizioso kepada wartawan.

“Litar ini sangat bagus dan sesuai dengan stail saya. Gabungan sangat bagus dan kami melakukan apa yang sepatutnya,” katanya.

Katanya, Marc mempunyai kepantasan yang sangat bagus maka perlumbaan ini pasti sengit. - REUTERS

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Oktober 2018 @ 5:55 PM