JAMIE VARDY
JAMIE VARDY
Agensi

LONDON: Jamie Vardy menerima sokongan positif daripada pengurus Leicester City, Claude Puel yang menyatakan pemainnya akan kembali menerusi sentuhan penyudah.

Penyerang itu hanya sekali menembusi gawang gol dalam tujuh perlawanan dan kekal diragui menjelang kunjungan West Ham, Ahad ini.

Dia mengalami masalah bahagian perut ketika pasukan itu tewas 1-3 di tangan Arsenal, Isnin lalu tetapi dilihat kembali menjalani seperti biasa.

Vardy hanya menemui jaringan sebanyak tiga kali musim ini dan Puel menjangkakan pemainnya dapat mengekalkan prestasi yang menyaksikan dia meledak 60 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak awal kempen 2015-16.

“Dia menamatkan saingan musim lalu dengan 20 gol dan ia normal. Dia akan meraih lebih banyak jaringan secara statistiknya. Baru-baru ini dia mempunyai peluang. Dia mempunyai persekitaran yang baik di sekelilingnya.

“Ia hanya mengenai mencari keyakinan dan kestabilan serta corak konsisten dalam permainannya kerana dia seorang pemain yang memerlukan perjuangan dalam permainannya.

“Jamie mengalami permulaan sukar kerana dia kembali daripada Piala Dunia tanpa pramusim dan tanpa usaha yang baik daripada rakan sepasukannya. Selepas itu dia digantung perlawanan (selepas kad merah ketika menentang Wolves).

“Sukar untuk menemui konsisten yang bagus dan tumpuan dan mungkin dia ada turun naik tapi ia perkara normal.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Oktober 2018 @ 1:00 PM
Kabinet Malaysia 2020