ZAINAL tekad pacu Melaka lebih jauh. FOTO/NSTP
ZAINAL tekad pacu Melaka lebih jauh. FOTO/NSTP
Nazri Abu Bakar


MELAKA: Bekas pengendali Pulau Pinang, Selangor dan Pahang, Zainal Abidin Hassan bertekad menjulang kejayaan Melaka United (MU) dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Beliau yang sudah hampir pasti diberi tanggungjawab melatih MU menganggap ia sebagai cabaran baharu yang perlu digalas penuh komitmen demi amanah dipertanggungjawabkan.

Walaupun sepanjang kerjaya sebagai pembimbing pasukan remaja kebangsaan dan skuad Liga Malaysia sebelum ini mengalami pasang surut, beliau tetap positif mendepani cabaran baharu bersama skuad Hang Tuah.

"Pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang tempoh kira-kira 18 tahun sebagai pemain dan tempoh yang hampir sama sebagai jurulatih.

"Tawaran Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) disambut dengan penuh dedikasi dan kesungguhan untuk membentuk pasukan berwibawa,"katanya.

Zainal dijangka membawa bersama beberapa pemain menyertainya bagi memperkuat barisan MU kali ini.

Apa pun semuanya bergantung kepada kewangan dan bajet yang disediakan sesuai dengan perancanagan MUSA untuk skuad terbabit pada 2019.

Beliau dijangka menandatangani kontrak bersama MUSA pada petang ini di hadapan Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden MUSA, Adly Zahari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 November 2018 @ 3:05 PM