Afif (kiri/baju putih) bergambar kenangan bersama Kasma yang muncul pemenang pusingan ke-9 Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 (tengah) dan pemenang tempat ketiga Azroy. FOTO ihsan penganjur Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS


AHMAD Afif Amran menepati ramalan apabila muncul juara keseluruhan kategori CP150 selepas menduduki tempat kedua pada perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, hari ini.

Biarpun hanya memerlukan enam mata untuk dinobatkan selaku juara keseluruhan musim 2018, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing yang bermula dari petak pertama itu tetap mempamerkan tunggangan bertenaga apabila bermula dengan baik untuk memimpin perlumbaan.

Bagaimanapun, dia gagal mengekalkan kedudukan itu apabila dipintas oleh pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayuddin pada penghujung perlumbaan sekali gus menyebabkannya terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa 14 minit 58.966 saat.

Kasma memenangi perlumbaan dengan masa 14:58.587s, manakala pelumba Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar pula menghadiahkan podium pertama buat jentera Honda pada musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (15:05.163s).

Afif bagaimanapun dinobat juara keseluruhan selepas mengumpul 200 mata selepas sembilan pusingan, manakala Kasma di kedudukan kedua dengan 161 mata.

Bagaimanapun, tempat ketiga menjadi milik rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman dengan 116 mata.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan menghadiahkan gelaran ini kepada seluruh pasukan yang bekerja keras sepanjang musim ini. Walaupun terpaksa akur di tempat kedua pada perlumbaan ini, namun saya tetap berpuas hati dapat menamatkan saingan dan mengesahkan gelaran di atas podium.

"Selepas ini misi kami untuk memastikan gelaran pasukan terbaik menjadi milik pasukan kami,” jelas Afif yang pernah bergelar juara keseluruhan CP115 musim 2013.

Sementara itu, dalam saingan kelas CP115 menjadi milik duo Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan kemenangan menjadi milik Md Fareez Afeez dengan masa 9:30.509s manakala juara keseluruhan, Tengku Amirul Haffirudin di kedudukan kedua (9:30.564s).

Tempat ketiga dimenangi oleh Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor (9:32.163s).

Kemenangan ini juga meletakkan Fareez muncul naib juara keseluruhan dengan 166 mata manakala Tengku Amirul di tangga teratas dengan 208 mata.

Dalam kategori WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman meneruskan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan keenam berturut-turut sekali gus mengesahkan kedudukan selaku juara keseluruhan.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 9:45.758s mengatasi rakan sepasukan, Md Fadlyshah Redzuan di tempat kedua (9:58.005s). Tempat ketiga milik Abdullah Qayyum A Razak  dari pasukan PETRONAS Sprinta YAMAHA (9:58.336s).

Berdasarkan 25 mata yang dipungut, Syarifuddin kekal di tangga teratas dengan 158 mata, 25 mata mengatasi Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing) namun memiliki kelebihan jumlah kemenangan berbanding pencabarnya itu.

Kemenangan ini menyaksikan gelaran keseluruhan kembali ke pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing selepas dimenangi Khairul Idham Pawi pada tahun 2014, Md Harith Farhan Baharin (2015) dan Md Syafiq Ezzariq (2016).

KEPUTUSAN PUSINGAN 9, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

CP150

1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14:58.587s

2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 14:58.966s

3. Azroy Hakeem Anuar (KUL) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing 15:05.163

4. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:06.298s

5. Md Fitri Ashraff Razali (SGR) Weststar Cilik Racing Team 15:10.741s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 200 mata

2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 161 mata

3. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 116 mata

4. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 102 mata

5. Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 63 mata

CP115

1. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 9:30.509s

2. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 9:30.564s

3. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 9:32.163s

4. Md Aiman Azman (SGR) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing Team 9:34.967s

5. Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 9:35.841s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 208 mata

2. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 166 mata

3. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 124 mata

4. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 103 mata

5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 92 mata

WIRA KBS

1. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:45.758s

2. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:58.005s

3. Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta YAMAHA 9:58.336s

4. Md Idil Fitri Mahadi (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 9:58.489s

5. Md Syahmi Md Anuar (NSN) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:59.256s

KEDUDUKAN KESELURUHAN

1. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 158 mata

2. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 133 mata

3. Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112 mata

4. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 93 mata

5. Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 66 mata

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 November 2018 @ 7:19 PM