Hamilton memacu kereta Mercedes. FOTO REUTERS
Reuters

ABU DHABI: Juara dunia lima kali, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes merakam masa terpantas pada sesi ujian terakhir perlumbaan Formula Satu (F1) di Abu Dhabi, hari ini.

Pelumba British ini, yang mengesahkan ketika Grand Prix (GP) Mexico - ketika saingan berbaki dua perlumbaan, merakam masa sepusingan terpantas, 37.176s di litar Yas Marina.

Kimi Raikkonen, juara 2007, yang berlumba buat kali terakhir bersama pasukan Ferrari sebelum menyertai pasukan Sauber, merakam masa kedua terpantas dengan ketinggalan 0.288s di belakang Hamilton.

Rakan sepasukan yang juga juara empat kali, Sebastian Vettel di kedudukan ketiga, manakala pelumba Red Bull, Max Verstappen pula di kedudukan keempat terpantas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 November 2018 @ 9:48 PM
Skip this ad x