SMALLING (tengah) ikat kontrak tambahan tiga tahun bersama United. -Foto Agensi
SMALLING (tengah) ikat kontrak tambahan tiga tahun bersama United. -Foto Agensi
AFP

LONDON: Manchester United mengikat pemain pertahanan, Chris Smalling dengan kontrak baharu tiga tahun setengah, hari ini dengan pilihan lanjutan untuk tahun berikutnya.

“Manchester United gembira untuk mengumumkan bahawa Chris Smalling sudah menandatangani kontrak yang akan mengekalkkannya di sini sehingga Jun 2022, dengan pilihan lanjutan bagi tahun berikutnya,” kata kenyataan kelab berkenaan.

Bagi Smalling, ia adalah musim kesembilannya di Old Trafford dan dia amat gembira untuk terus kekal bersama United, walaupun pernah dibekukan pengendali, Jose Mourinho kerana masalah prestasi.

“Ia adalah satu penghormatan untuk beraksi buat Manchester United dan kami sedang menumpukan terhadap jadual yang padat sepanjang tempoh Krismas ini,” kata Smalling.

Pertahanan berusia 29 tahun itu pernah dua kali menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu Piala FA dan Liga Europa dalam 307 penampilan sejak menyertai daripada Fulham pada 2010.  

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Disember 2018 @ 11:04 AM