Pemain UniKL, Kieran Govers (kanan), mengawal bola ketika perlawanan liga Hoki Malaysia - TNB diantara TNB THUNDERBOLTS menentang UniKL di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali.

Saiful Affendy Sapran

KUALA LUMPUR: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berpeluang merampas kedudukan teratas Liga Perdana, Liga Hoki Malaysia daripada TNB sekiranya berjaya menewaskan Maybank, Jumaat ini.

Selepas lima perlawanan, skuad bimbingan Arul Selvaraj itu ketika ini menduduki tangga kedua liga dengan 13 mata, kurang dua mata berbanding TNB yang lebih satu perlawanan.

Ketika TNB tidak akan beraksi Jumaat ini, peluang terbuka luas untuk UniKL mengungguli takhta liga dengan syarat mereka perlu menewaskan Maybank.

Namun tonggak import, Robbert Kemperman berkata, fokus utama adalah untuk mengurangkan kesilapan di awal permainan yang menyaksikan mereka sering dihukum sebelum ini.

"Memang saya akui kami bermula perlahan terutama di suku pertama tetapi selepas itu kami mula mendapat rentak dan bangkit mencari gol kemenangan.

"Sebenarnya kami boleh menewaskan sesiapa saja tetapi yang penting ialah perlu kekal fokus pada setiap perlawanan," katanya.

Muhammad Razie Abd Rahim (dua, kanan), meraikan gol melalui sudut penalti bersama rakan sepasukan ketika perlawanan liga Hoki Malaysia 2019.
Muhammad Razie Abd Rahim (dua, kanan), meraikan gol melalui sudut penalti bersama rakan sepasukan ketika perlawanan liga Hoki Malaysia 2019.

Seorang lagi tonggak import, Kieran Govers, turut mengakui dia serta rakan sepasukan perlu mengelak mengulangi kesilapan di awal permainan.

"Benar kami sering bermula perlahan tetapi ia bukanlah sesuatu yang kami mahu lakukan.

"Untuk pertemuan dengan Maybank kami perlu beraksi lebih baik kerana lawan adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 January 2019 @ 7:10 PM
Digital NSTP Subscribe