Ozil bersama teman wanita, Amine mengunjungi set penggambaran dan bergambar bersama Bozdag. FOTO Twitter Mesut Ozil/Mehmet Bozdag
DM/Instagram

MESUT Ozil melupakan igauan buruk bersama Arsenal apabila mengunjungi set rakaman program televisyen Turki bersama teman wanitanya, Amine Gulse.

Ozil bergambar bersama bintang televisyen Turki Mehmet Bozdag dan Engin Altan Duzyatan ketika menikmati detik berada di lokasi terbabit, semalam.

Pemain berusia 30 tahun itu tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Gunners kendalian Unai Emery memanfaatkan rehat hujung minggu bertandang ke Turki sekaligus mengundang pelbagai andaian di Emirates.

Pemain perancang itu berterusan diketepikan daripada perancangan Emery musim ini.

Dia tidak disenaraikan ketika Arsenal tewas 1-0 kepada BATE Borisov dalam Liga Europa, Khamis lalu.

Berikutan kekalahan itu, bekas pemain antarabangsa Jerman itu menulis twitter yang mendapat ‘likes’ pemain dan bekas pemain Arsenal.

Ozil mengirim ke Twitter: “Apabila anda menyokong kelab bolasepak, anda tidak menyokongnya disebabkan trofi, pemain atau sejarah”.

“Anda menyokong kerana dapat berada di tempat itu dan tempat anda merasai itulah tempat anda.”

Apapun, petikan itu adalah kata-kata legenda Gunners Dennis Bergkamp yang turut menunjukkan sokongan terhadap tweet Ozil itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Februari 2019 @ 5:31 PM