Aksi pemain Empoli, Giovanni Di Lorenzo (kiri) ketika menahan asakan pemain Milan Ricardo Rodriguez (tengah) Serie A, di Stadium Giuseppe Meazza, Itali. FOTO EPA
Reuters

AC Milan meneruskan aksi cemerlang dengan tiga gol yang dihasilkan pada separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan selesa 3-0 ke atas Empoli dalam saingan Serie A, pagi ini.

Pasukan bimbingan Gennaro Gattuso yang menduduki tangga ke empat liga meneruskan rekod cemerlang sepanjang lapan perlawanan liga tanpa kekalahan dan kemenangan itu membezakan satu mata dengan pasukan di tempat ketiga Inter Milan.

Penyerang Poland Krysztof Piatek yang memulakan malam gemilang buat kelab itu meletakkan Milan di depan di San Siro dengan jaringan ketujuh dalam lima perlawanan sejak menyertai kelab itu dari Genoa pada Januari.

Piatek, yang kurang menyerlah pada babak pertama, sebelum bangkit empat minit selepas bermula separuh masa kedua permainan untuk menggegar untuk meletakkan pasukan Rossoneri itu di depan.

Dua minit kemudian Franck Kessie menggandakan jaringan menerusi lambungan cantik selepas menerima hantaran tepat dari pemain sayap Sepanyol Samu Castillejo.

Castillejo kemudian menambah jaringan ketiga Milan pada sudut sukar, selepas menyempurnakan hantaran rendah Andrea Conti.

Milan mungkin menghasilkan empat gol selepas Fabio Borini menggegar jaring gol namun usaha itu dibatalkan ekoran berada pada kedudukan ofside selepas tayangan VAR (penolong pengadil video).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Februari 2019 @ 8:48 AM