Pemain Belaruz, Victoria Azarenka menentang rakan senegara Vera Lapko di Terbuka Paribas BNP Paribas di Indian Wells. FOTO AFP.
AFP

JUARA dua kali Indian Wells Victoria Azarenka memulakan kebangkitan lewat mengatasi Vera Lapko, 6-2, 6-3, semalam, seterusnya mara ke pusing kedua menentang seteru utama, Serena Williams.

Azarenka, bekas pemain nombor satu dan kini berada di ranking ke-48 dunia berkata, dia memulakan perlawanan dengan berhati-hati pada seta awal perlawanan sebelum bangkit mengatasi rakan senegara dari Belarus.

Dia akan berdepan pilihan ke-10 Williams, yang sama seperti pemain pilihan dalam WTA dan ATP Masters memperolehi bye di pusingan pertama.

Williams memenangi 17 daripada 21 pertembungan mereka, namun Azarenka menang pada beberapa pertemuan terakhir mereka termasuk di final India Wells 2016.

“Sememangnya ia akan menjadi perlawanan sangat istimewa bagi kami,” menurut Azarenka mengenai perlawanan pertama mereka selepas kedua-duanya bergelar ibu.

“Kami mempunyai sejarah yang besar, ia akan menjadi sangat istimewa. Dia memberi motivasi kepada saya, memberi inspirasi, dia memaksa saya untuk menjadi lebih baik,” kata Azarenka mengenai Williams.

Aksi pembukaan kategori wanita menyaksikan pertembungan pemain remaja, Bianca Andreescu dan Amanda Ansimova mara ke pusingan kedua. Pemain Kanada, Andreescu, 18, bangkit dari kekalahan di set pertama untuk menewaskan pemain Romania, Irina-Camelia Begu 6-7 (3/7), 6-3, 6-3.

“Pada saya, keputusan adalah paling penting, jadi saya sangat gembira untuk melangkah ke peringkat seterusnya,” kata Andreescu yang memenangi 22 perlawanan musim ini termasuk kelayakan dan undian utama.

Dia melangkah baik mengikut ranking, bermula dari tempat ke-107 tahun lalu sehingga ke-60

“Mentaliti.. saya sudah bersedia, saya juga meningkatkan pukulan dan melihat bagaimana ia membantu dan itulah apa yang saya lakukan ternyata ia berhasil,” kata Andreescu yang menempah tiket ke pusingan kedua menentang pilihan ke-32 Dominika Cibulkova.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 7:49 PM