Azlan (tengah) bersama pasukannya meraikan kejayaan perlumbaan pertama ARRC. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Saiful Affendy Sapran


Sepang: Azlan Shah Kamaruzaman mengotakan janjinya apabila memenangi perlumbaan pertama ASB1000cc pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pelumba negara yang beraksi bersama pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing itu juga melakar sejarah selaku pelumba pertama memenangi kategori baru itu yang diperkenalkan pada musim ini.

"Memang agak rindu juga untuk menaiki podium sebab sudah lama saya tak memenangi perlumbaan," katanya.

Sementara itu dalam saingan Supersports600cc, dua pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Malaysia) dan Adam Norrodin (SIC Junior ZK Racing) masing-masing menaiki podium kedua dan ketiga.

Saingan kategori itu dimenangi oleh Peerapong Boonlert (Yamaha Thailand Racing Team).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 9:19 PM