Jorge Lorenzo pelumba Repsol Honda. FOTO Agensi.
AFP

JUARA dunia tiga kali, Jorge Lorenzo mengalami kecederaan patah tulang rusuk ketika perlumbaan pembukaan MotoGP Qatar minggu lalu, menurut kenyataan pasukan Honda hari ini.

Pelumba kelahiran Sepanyol menerusi twitter memaklumkan dia yakin mengenai keadaan kecergasannya untuk saingan perlumbaan kedua di Argentina pada 31 Mac ini, walaupun mengakui dia terpaksa berehat sekurang-kurang tiga minggu hingga sebulan.

“Mengalami rawatan kecederaan tulang rusuk pertama di sebelah kanan, tiga minggu atau satu bulan untuk pulih. Kami akan berjuang di Argentina,” kata Lorenzo.

Lorenzo berusia 31 tahun menyertai Honda hujung tahun lalu untuk membentuk gandingan mantap bersama juara dunia lima kali MotoGP Marc Marquez, yang tewas di tempat kedua di Qatar oleh bekas rakan sepasukan Lorenzo di Ducati, Andrea Dovizioso.

Lorenzo terbabas ketika sesi latihan ketiga, minggu lalu di Doha dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

Sebelum memulakan perlumbaan musim ini, dia baru sahaja disahkan pulih daripada mengalami kecederaan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 11:13 AM