Fabio Quagliarella. FOTO AFP.
AFP

PENYERANG veteran, Fabio Quagliarella disenaraikan dalam skuad Itali namun Mario Balotelli diketepikan bagi menghadapi dua aksi kelayakan Euro 2020 menentang Finland dan Liechtenstein, bulan ini.

Quagliarella, 36, menampilkan prestasi baik bersama Sampdoria musim ini selain mendahului senarai penjaring terbanyak Serie A dengan 20 gol dalam 27 perlawanan.

Dia mungkin meraih penampilan ke-26 - lapan tahun setengah selepas kali terakhir menyarung jersi skuad kebangsaan - perlawanan menentang Finland di Udine pada 23 Mac ini ataupun Liechtenstein di Parma, tiga hari selepas itu.

Mario Balotelli. FOTO AFP.

Balotelli dalam pada itu tidak dipanggil meskipun menunjukkan permulaan positif di Marseille dengan meledak lima gol dalam tujuh perlawanan bersama-sama Andrea Belotti yang sudah meledak 10 gol dalam aksi liga bersama Torino.

Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini turut menyenaraikan penyerang Ciro Immobile, Federico Chiesa dan Federico Bernardeschi dalam misi pasukan itu untuk bangkit selepas gagal melayakkan diri di Piala Dunia tahun lalu.

Pemain sayap Roma, Stephan El Shaarawy turut disenaraikan kembali manakala pemain remaja Moise Kean dan Nicolo Zaniolo juga berada dalam senarai pasukan.

Pemain Juventus, Leonardo Spinazzola menyertai veteran Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci di barisan pertahanan.

Skuad Itali

Penjaga gol: Alessio Cragno, Gianluigi Donnarumma, Mattia Perin, Salvatore Sirigu

Pertahanan: Cristiano Biraghi, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Alessandro Florenzi, Armando Izzo, Gianluca Mancini, Cristiano Piccini, Alessio Romagnoli, Leonardo Spinazzola

Tengah: Nicolo Barella, Bryan Cristante, Jorginho, Stefano Sensi, Marco Verratti, Nicolo Zaniolo

Penyerang: Federico Bernardeschi, Federico Chiesa, Stephan El Shaarawy, Vincenzo Grifo, Ciro Immobile, Moise Kean, Kevin Lasagna, Leonardo Pavoletti, Matteo Politano, Fabio Quagliarella

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 8:19 AM