WARD-PROWSE (kanan) bersaing dengan Thomas Mueller dari Jerman pada aksi persahabatan di Dortmund, dua tahun lalu. — FOTO Agensi
Reuters

PEMAIN tengah Southampton, James Ward-Prowse dipanggil menyertai skuad England bagi kelayakan Euro 2020 bulan ini, menurut Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris hari ini.

Pengurus England, Gareth Southgate menamakan skuad 25 pemain minggu lalu namun tiga pemain – John Stones dan Fabian Delph (kedua-dua Manchester City) dan pemain Chelsea, Ruben Loftus-Cheek – menarik diri kerana cedera.

“James Ward-Prowse dipanggil ke skuad England menjelang aksi kelayakan Euro 2020 menentang Republik Czech dan Montenegro,” menurut FA dalam satu kenyataan.

Ward-Prowse, 24, meraih satu penampilan senior dua tahun lalu apabila England tewas 0-1 di tangan Jerman pada aksi persahabatan.

Dia menjaringkan enam gol liga buat Southampton musim ini, termasuk dua sepakan percuma menentang Manchester United dan Tottenham Hotspur dalam dua aksi Liga Perdana terakhir buatnya.

Skuad itu kini dikurangkan kepada 23 pemain selepas tiga pemain menarik diri.

SKUAD ENGLAND

Penjaga gol: Tom Heaton, Jack Butland, Jordan Pickford

Pertahanan: Trent Alexander-Arnold, Ben Chilwell, Michael Keane, Harry Maguire, Danny Rose, Luke Shaw, Kieran Trippier, Kyle Walker, James Tarkowski

Tengah: Ross Barkley, Dele Alli, Eric Dier, Jordan Henderson, Declan Rice, James Ward-Prowse

Penyerang: Harry Kane, Marcus Rashford, Jadon Sancho, Raheem Sterling, Callum Wilson

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2019 @ 12:17 AM