SIMONA (kiri) bersalaman dengan Venus selepas tamat perlawanan. - FOTO Agensi
AFP

SIMONA Halep mara ke suku akhir Terbuka Miami selepas mengatasi cabaran pemain Amerika Syarikat berusia 38 tahun, Venus Williams 6-3, 6-3 awal pagi tadi.

Simona pilihan utama yang tinggal selepas kekalahan Naomi Osaka pada Sabtu lalu kini menang empat pertemuan terakhir menentang Venus dengan kali terakhir di Terbuka Australia.

Pemain nombor tiga dunia dan pilihan kedua kejohanan itu menang ‘straight set’ di Melbourne dan keputusan sama berulang di Miami dengan pemain ke-43 dunia itu mudah dijinakkan Halep.

Venus hanya meraih 52% mata daripada sert pertama dan melakukan empat ‘winners’ berbanding Halep 20. Pemain Romania itu menamatkan perlawanan dengan 30 berbanding 13 oleh Venus dan meraih 75% daripada servis pertama.

"Saya sangat gembira dengan permainan saya berdasarkan statistik perlawanan,” kata Simona selepas tamat perlawanan.

"Dia tidak mudah menyerah kalah, dia berjuang mendapatkan setiap bola jadi saya memastikan dia hampir ke garisan belakang.”

Prestasi terbaik Simona di Selatan Florida pada 2015 apabila dia muncul naib juara kepada Serena Williams dan pemain China Wang Yafan atau Wang Qiang menunggunya di peringkat lapan terakhir.

Sementara itu, Hsieh Su-Wei meneruskan momentum cemerlang dengan menewaskan Caroline Wozniacki 6-3, 6-7 (0/7) 6-2 dan akan menentang Anett Kontaveit selepas lawannya dari Kanada, Bianca Andreescu rmenarik diri akibat kecederaan bahu di set kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 9:42 AM